Entry raya??blogger lain dah sibuk nak update pasal Raya Aidiladha dah kot.tapi Za ni baru nak update Raya Aidilfitri yang dah lepas lebih 2 minggu dah pun.haha.dah basi kot.hehe.Untuk raya kali ni pun celebrate macam biasa jugak bezanya kurang CUTI.hah..capslock lagi, sebab tak puas hati yang tak abih-abih lagi pasal tak dapat cuti..
Huhu.sudah-sudah la tu cik Za oit.Orang lain pun tak dapat cuti gak, tapi tak de la pong pang pong pang macam Za ni.ok, redha je,terima nasib badan.Raya kat rumah hari tu pun cuma cuti dalam 4 hari je. So, cuma ada hari raya pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kelima??kat ofis la. Sibuk arrange training untuk staf nak pergi training.
Tension jugak la, masuk ofis je banyak lagi tempat yang kosong. Bukan kosong sebab ada vacant ke apa ke, tapi sebab semua masih cuti raya. Tapi stil boleh senyum lagi, walaupun dalam hati ni bengkak+terBAKOR je.haha. Arrange training ambik masa je, mana taknya call je ofis orang lain pun dapat jawapan macam ni je
Mintak maaf cik, PIC tu cuti raya lagi. Kalau cik nak tanya apa-apa yang berkaitan tu cik boleh telefon balik nanti.
Bila tu PIC nak masuk balik?
Maybe next week, Monday.
Ok, terima kasih. Saya call next week la kalau macam tu.
See. Mahu tak mahu, next week la jawabnya.jap jap.ni entry raya ke entry pas raya ni. Dah melalut ke laut pulak. kau ni dah kenapa.haha
ok berbalik pada
Next day!
Hari Raya Pertama. Selamat
Hari Raya!! semua orang dah sibuk bersiap-siap nak pergi solat raya, Za je
terbabas sebab lewat sangat tido malam tu.huhu. Then, bangun siap mandi, siap
apa yang patut semua. Tengah hari sikit pergi rumah kawan Za yang dekat je,
satu kampung. Makan bihun sup, sedapp macam selalu. Lupa pulak nak snap pic
masa tu.huh.rugi-rugi. Next time punya raya mana sama dengan raya taun ni
tak??
Raya Kedua.
Dalam tengah hari sikit tu
baru pergi beraya rumah mak sedara, Mak Lang. Snap pic sikit pastu terus balik.
Letih jugak. Lama jugak kat rumah dia memandangkan rapat dengan family sana.
pastu habis la raya kedua Za tu.haha
Raya ketiga.
Hari Ketiga ni just duduk
rumah je. Sebab ada orang sedara nak datang rumah.
Kiranya seharian di rumah melayan tetamu yang datang. Tetiba malam tu teringin sangat nak makan Mee Bandung. Cepat-cepat siap cari resipi dulu pastu drive pergi cari barang-barang untuk masak. Banyak jugak Za buat, cukup untuk 7-8 orang makan. ^__^ Then malam, tengok TV
sikit, sampai waktu ngantuk, tido..zzzzzz
Raya keempat
keluar jalan.haha
Raya Kelima
Kat ofis la. Dah start
keje ok. sangat komited dengan kerjaya ok.haha dalam hati, komited sangat
la, dah kena keje jadi paksarela la.haha
See. Simple kan, macam
raya sebelum ni. Cuma bertambah seri dengan seorang lagi family, budak kecik aka
Khalish yang sangat comel++
No comments:
Post a Comment