Friday, April 26, 2013

Sup Daging


Assalamualaikum semuaa..

Selamat hari jumaat…:) disebabkan tersangat-sangat rajin hari ni, so Za nak kongsikan lagi satu resipi favourite Za selain Ayam Rendang Ala Mamak Style..favourite Za disini membawa maksud SEDAP = SIMPLE = SENANG NAK BUAT…bagus tak Za punya ungkapan algebra tewww..ahakkkss:P Za sangat-sangat suka makanan yang simple tapi at the same time sedappp…suka sangattt…
Resipi ni senang je nak masak..Okay, tak nak membebel panjang-panjang..Sila rujuk di bawah berkenaan dengan bahan-bahannya dan cara-cara nak buat sekali ekk…

Bahan-bahan
Bahan A
Bawang besar (dimayang)
Bawang Putih (dimayang)
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih

Bahan B
Rempah Kurma (1 sudu besar)
Rempah Sup (2 sudu besar)

Bahan-bahan lain
Daging
Air
Daun Pandan
Lobak Merah (dipotong dadu)
Ubi Kentang(dipotong dadu)
Kiub Pati Daging

Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan-bahan A
  3. Masukkan Bahan B (rempah+sedikit air), masukkan daun pandan.
  4. Masukkan daging, kemudian tutup kan periuk selama lebih kurang 5-10 minit.
  5. Tambahkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub dan masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  7. Biarkan mendidih seketika.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye…sori la pic  tak ada..nanti kalau Za ingat nak amik gambar Za serta kan sekali ek..nanti Za update entry ni, okay!!!:)



No comments: