Friday, May 9, 2014

Place2Visit : Annual Dinner cum Family Day @ Bukit Gambang Resort City (BGRC) - Part 1



Assalamualaikum...

Hari tu za dah janji nak update pasal annual dinner dengan family day kat Bukit Gambang Resort City, Pahang. Tapi macam biasa la jugak za ni kalau pasal nak update selaju-lajunya memang err tak arr...haha tengok tajuk la..cerita tahun lepas punya nih...za just share mana la tau kot2 ada yang nak bercuti, makan2 angin kat  sana ke..at least boleh tau sikit la pasal BGRC ni walaupun tak banyak...kennn..

mintak maap la ye..
pic dekat pintu gerbang tak ada pulak dalam phone...
ni hotel yang za ngan staff lain stay tu...
yg bawah tu ada hall utk dinner, cafe dsb..

hish za ni dah pandai pulak kan nak berpart-part bagai..apa kena nih.tak pernah-pernah pun nak buat berpart-part nih..~.~'

macam biasa jugak sifat-sifat malas aka mazmumah ni memang tak boleh nak buang jauh-jauh kan..menciii...T_T  salah sendiri coz malaz..huhu..Okay tak nak membebel panjang-panjang...

1 November 2013


Bertolak dari sini lebih kurang pukul 11 malam. jadi macam biasa jugak la nak kena awal sikit berkumpul dulu dalam pukul 10 macam tu. then, bila semua dah ada, bas gerak macam yang dirancangkan. tak semua staf naik bas, ada jugak yang pergi dengan kereta. tapi okay la walaupun dengan kereta akan dapat RM250. at least just top up untuk toll sahaja. minyak kira settle la. jimat..jimat...


Perjalanan ke sana lebih kurang 10 jam sebab driver bas tu tak familiar dengan jalan nak ke sana. tak pernah sampai lagi area sana ateeeenyee. tapi you know what, lebih kurang jam berapa entah *tak ingat dan tengah mamai terjaga dari tido tapi maybe awal pagi dalam pukul 3 atau 4 pagi macam tu, rasa macam bas tu terumbang-ambing je. omaigad..rasa macam atas kapal je..hukhuk..ngeri..


Rupa nya masa tu dah sampai ke jalan Genting Highlands, emmm patut la semacam je. jalan nya pun dah la tak berapa nak lurus dengan kabusnya pun agak tebal jugak la. dengar-dengar macam driver tu pun dah ngantuk jugak, nasib baik ada 2 driver.huh..lega..hish kalau za la yang drive waktu tu confirm......berhenti dulu kat tepi pastu tunggu sampai kabus tu kurang sikit..biar je la dia lalu dulu..haha takut la..macam takut je..macam takut je..^_^'

2 November 2013


So, disebabkan peristiwa yang tak berapa nak sedap boleh tido tu jadi za pun just tido-tido ayam je..huh..padan muka sangat..then, sedar-sedar je dah sampai kat R&R Bukit Gambang.rasanya la..ampun kalau salah ye!muka pun dah la blur-blur je campur muka bangun tido..nasib baik tak pakai make up..kalau tak mesti dah jadi macam zombie Kg Pisang..haha

Kat situ stop lebih kurang setengah jam kot..za ambil sarapan nasi lemak ngan air kosong je untuk lapik perut..then, sambung balik perjalanan.tapi tak jauh sangat la dari R&R tu..err..jauh kot..tak pasti la..hihi..tak lama tu, sampai la kat Bukit Gambang Resort City..masa tu lebih kurang pukul 9 lebih camtu la.kejap je kan..


Dekat sini ada waterpark, safari (wild savannah dengan night safari) beza nya cuma siang dengan malam.tapi kalau untuk night punya tu kita boleh tengok haiwan yang aktif waktu malam.rasa macam waktu tadika dulu taw masa masuk sini.kan dulu-dulu kalau cikgu cakap nak pergi zoo kan macam excited je.hihi

nampak x muka budak yg excited sangat tuh..^_^'
kacak dan bergaya...motip??

Tapi macam tempat-tempat lain jugak la kat sini pun..macam biasa la kena beli tiket semua.tetap guna wristband gak.memandangkan staf disponsor sepenuhnya oleh company..yang lain kena keluar ongkos sendiri ye..kalau harga tu rasa nya dalam RM25 ke atas untuk adult, child RM15 ke atas kot..tak sure..tetapi tak pe, memandangkan pergi group macam ni senang..tak payah nak beratur panjang sangat sampai gaduh tarik-tarik rambut bagai ye..semua nya AJK yang buat gitu..senang kite..haha

okay lepas ambil luggage semua dari bas, kita cari bilik.dekat sini pun ada banyak bilik.tapi ada 2 resort;Arabian Resort dengan Carribean Resort.kalau untuk stay 2 orang atau yang dah ada kids kecik2 tu normally Arabian Resort.kalau untuk family yang besar sikit, anak2 yang besar panjang tu ambik Carribean Resort.




tak tahu la betul ke tak tapi tu la yang AJK kite yang bagi tau.kalau salah jangan marah ok >_< tapi ada blok yang mana ntah ada swimming pool kat depan blok tu.

Kunci bilik aka kad bilik tu kita ambik dekat urusetia je yang dah setia tunggu kat lobi.tapi tu la satu kad je yang dapat. tak tau la memang diorang sedia satu je kot..hmm..no idea.then, dah ambik kad terus masuk bilik rehat kejap.lebih kurang tengah hari sikit dah tukar baju t-shirt semua turun lobi nak pergi waterpark.

tapi kalau nak pergi waterpark lewat sikit pun boleh, sebab masa tu boleh arrange sendiri cuma waktu ambik tiket je kena ambik waktu yang urusetia tetapkan la..

Waterpark

oleh sebab yang pergi tu ramai yang bawak family, kita-kita yang single ni pandai-pandai la bawak diri ye..cari geng yang single jugak.haha.za berjimba-jimba kat waterpark tu dengan roomate  campur 2 orang kawan lagi, yang stay depan bilik za tu.

dari resort nak ke waterpark tu kita boleh pilih sama ada rajin, nak sihat badan boleh je jalan2 di tengah panas sambil bakar kalori ataupun naik je tram yang disediakan oleh pihak resort.tram ni nak kata macam bas pun tak juga, lori pun tak kot.haha.eip..jahat2..hihi.tapi kalau za ofkos la naik tram haha tak kuasa aku nak jalan tengah-tengah panas cam tu..puteri lilin aternyeee*perasan sangat*huhu


sebab agak besar jugak la dan boleh muatkan banyak orang jugak.kadar bayaran yang dikenakan pada tiap seorang RM1 je, tapi untuk one way je la.so,kalau nak balik tu pandai-pandai la ye beli tiket tram kat gegurl yang tunggu depan tram dan bayar la lagi singgit tu..so kalau pergi dan balik RM2 la sorang.kalau tak nak beli, boleh je macam tadi jugak, majulah sukan untuk negara.yey!chaiyok2!!jalan ramai-ramai..


haa...ni pulak suasana dalam tram tuh..besar jugak..

bila dah dapat tiket tu 'wristband' tu boleh la pakai kat tangan memasing dan dah boleh masuk.tapi macam biasa jugak bag2 sekalian akan dicheck masa dekat entrance ke waterpark tu.outside food and drink not allowed.hmm.bosan..mahal kot makanan dalam sini..aritu za ngan kengkawan makan nasi ayam kukus ngan mineral water yang kecik tu dah RM9.80..pftttt



kalau yang bujang @ single tu ok lagi kot.tapi kalau yang ada family ramai camna??mahal nauu...tapi disebabkan dah letih berjimba dalam air tu, confirm2 dah mesti lapar punya la..so mau tak mau kena makan jugak..tapi masa kat situ za ngan kawan ada sewa locker dengan double tube sekali. harga macam yang kat bawah ni la.malaz la nak citer satu2..baca sendiri boleh?hihi


okay...selamat merujuk dan membaca sekalian!!

kalau kat sini ada 3 jenis kot..satu Coco Beach, satu lagi untuk bebudak punya tapi tak ingat nama and lagi satu macam slide tu..katanya slide tu merupakan yang paling panjang kat malaysia ni dan BGRC waterpark juga yang paling besar di Malaysia.tapi dekat dengan pool bebudak tu ada macam Penguin Island, masuk situ guna tube yang tuan-tuan sewa tadi tu.



bila dah ke dalam sikit tu, gelap sikit la dan airnya pun ofkoz la dalam sikit.so, orang macam za ni dinasihatkan cuba dapatkan kawan yang cukup tinggi untuk temankan sebab za tak sampai kaki la..adoii..lol..T_T


tapi best la jugak ada orang yang tolong tolakkan kite..kite duk je atas tube tu feeling ala-ala boat gitu..huhu nak buat titanic tak kesampaian kot..haha 


lepas dah penat tu boleh la pergi break kat Cabana yang disediakan kat tepi Coco Beach tu.tapi..ada tapi lagi tau..jangan sesuka hati kau nak duduk situ pulak, semua nya kena sewa dulu tau. satu cabana tu RM50 kalau tak silap. tapi untuk setiap apa-apa yang kita sewa, sebelum balik kita boleh tebus balik kita punya deposit kalau barang sewaan kita tu dipulangkan dalam keadaan baik..huh..jimat..habis makan je za dah ajak kawan za balik bilik..letih loh...then, tunggu part II...^_^
peace yo!!jumpa next entry yuk...^___^