Monday, December 2, 2013

Resipi : Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum…

Hai..Hello!!

Rasanya macam ada hutang sesuatu pulak..hehe.Kalau masa Hari raya beberapa bulan lepas za ada janji nak update pasal Moist Chocolate Cake.tapi last-last sudah nya tak berupdate pun.haha.macam tak tau tuan blog punya perangai kan??motip sangat….^_^ bz memanjang..padahal malas je nak update..keke

So, lepas pikir2 balik za nak kongsikan satu resipi ni.Moist Chocolate Cake aka Kek Coklat Kukus.kalau search je kat google tu, mesti ada banyak nauu resipi untuk Moist Chocolate Cake ni kan?even kak Namee Roslan yang kawaii tu pun ada kongsikan jugak.

Okay, memandagkan ramai yang dah sedia tahu dan za pun rasa nak kongsikan jugak resipi tu sebab simple sangat.resipi ni za dapat dari lecturer za dulu.memang dia ada jual kat student tapi tak lokek pun kalau setakat nak kongsikan resipi tu.Arigatoo!!

Kalau nak guna resipi za ni tak de susahnya pun.tak payah nak pakai mixer bagai.senang sangat lah kiranya.buat sambil pejam mata pun boleh buat ok.hehe

Okay, bahan-bahannya macam kat bawah ni:

Bahan A (1 cawan)

Minyak masak
Tepung gandum
Gula
Serbuk coklat
Susu cair perisa coklat
Susu pekat

Bahan-bahan lain

3 biji telur
Esen vanilla
Soda bikarbonat
Baking powder



Cara-cara

  1. Masukkan minyak beserta telur 3 biji.
  2. Lepas sebati masukkan gula, kemudian masukkan susu pekat.
  3. Masukkan serbuk coklat, kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
  4. last, masukkan esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan ke dalam bekas plastic untuk kukus.

okay, ini la hasilnya.

ihsan google
Lebih kurang macam ni la...za tak ada pic just ambik kat google je..hehe
tak sempat nak snap gambar..huhu

Oh ye!untuk bekas kukus tu za just guna ini je.senang dan kalau nak bawak ke mana-mana pun mudah je.untuk sukatan ni akan dapat 2-3 bekas macam ni.


ni bekas nya (ihsan google)


So, kalau ikut resipi ni jadi empat segi la kek nya..


okay, kalau untuk toping tu za tak pandai sangat nak buat.just masuk sesedap rasa je.untuk topping yang biasa macam za buat ni dan ikut tekak za ni senang je.



Bahan Topping

Coklat rice
Coklat masakan
Mentega

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan coklat masakan guna cara double boiled.
  2. Setelah cair angkat dan salutkan atas kek.

Sorry la ye, za ni tak pandai nak buat topping ni. kalau sendiri buat tu tau la nak agak camna.kalau nak topping yang sedap tu pandai-pandai la search kat google ye.hehe

okay, selamat mencuba!adios...


Saturday, October 26, 2013

Farewell Party Tak Jadi!!

Assalamualaikum...Salam untuk semua....:)

Entry lama..nak nak publish jugak..baca je okay!

Hehee...seronoknya..dapat makan lagi..yeyy..:) asal makan je mula la...hish...macam mana la Za nak diet kan...kat mulut je nak diet, tapi pantang kalau ada orang ajak makan, mesti nak ikot...nak ikot..:) ada siapa-siapa kat sini macam Za tak..hehehe..emm..kali ni bukan sebab Audit's Celebration : Secret Recipe tu tapi lain sikit...just Farewell Party untuk Division Manager kami...tapi sedih jugak sebab dia baik..

Nanti kalau ganti dengan orang lain tak tahu la lagi macam mana kan??Za bukan apa..kalau orang baru ni Za tak pandai la nak cakap banyak-banyak sangat...pemalu..ahakkss..:p tapi apa-apa pun Za harap nanti semua akan baik-baik je..harap-harap...aminnn...

Okay, untuk farewell ni pun macam selalu jugak..akan ada orang yang akan ditugaskan untuk buat survey pasal tempat yang best untuk makan...tapi kali ni yang paling best sebab ada lagi banyak pilihan tempat...yeyy..so, boleh pilih tempat lain pulak..kat Auto City ni banyak jugak tempat-tempat best yang kita boleh pergi macam list yang kat bawah ni:

Winter Warmers
Nando's
Pizza Hut
Secret Recipe
Swensens
The Manhattan Fish Market
Old Town
Tao
Seoul Garden

Banyak kan??sebenar nya Za prefer nak pergi Swensens, tapi disebabkan majoriti banyak nak pergi Seoul Garden, so ikut saja la..walaupun vote untuk Swensens cuma 8 dengan 11 untuk Seoul Garden...wuaaaa...T_T nak pergi Swensens..nak pergi..nak pergi sana...hukhukhuk...

Kesudahan nya dengan hati yang agaks berat, kena pergi la jugak dekat sini, Seoul Garden..yang nak pergi sini ramai jugak sebab campur HR sekali dengan GA department..wahh..meriah nya...kalau macam ni memang kena booking satu restaurant ni..haaa..baru cukup..:)

Okay jugak makan dekat sini, tempat cantik dalam google...makanan pun dengar katanya sedap jugak...sini kalau harga macam buffet jugak, kira macam per pax..kalau siapa-siapa yang makan banyak tu tak rugi la kalau datang makan kat sini..:p tapi diingatkan kalau makan sikit je, jangan ambil banyak-banyak tau..nanti kena extra charge pulak untuk makanan yang tak habis tu..

Kalau diikutkan bagus juga diorang ni buat rules macam tu kan..ye la, mana tak nya kalau suka ambil banyak-banyak tapi makan pulak tak banyak mana kan dah membazir nama nya...tak mau..tak mau..jangan buat macam tu tau..membazir tu kan amalan syaitan..:)

Tapi.....at last...tetiba


credit google
omaigad.......tak jadi pulak Farewell Party nih. Alo..tak best la cam ni. Plan semua bagai bukan main lagi, tetiba jadi macam ni pulak. Sedih la cam ni...hukhuk

Za dapat tawu kata nya Division Manager tak jadi tukar ke Jepun pun, just transfer department je. Huk aloh...cam excited sesorang je.hukhuk..So, semua nya berjalan macam biasa je and tak de pun farerwell party seperti yang digembar-gembur kan....cuma DM kita tu still ada je..TERBAIK!!!I LOIKE!!!!^_^

p/s: okay..papai..jumpa lagi di lain entry..okay..muaxxxx