Monday, December 23, 2013

Sharing is Caring : Sejarah Negara Palestin Dan Israel

Hai uolls...

Masa za free tadi za ada google search sikit pasal Palestin. Kesian kan orang kat sana. Mudah-mudahan mereka semua berjaya menghadapi dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. Ameen.....

Artikel kat bawah ni za jumpa masa search tadi tu.

JOM BACA!!!



Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Sumber : SINI dan SINI


Tuesday, December 10, 2013

Tips mendapatkan BE & CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Hai semua ^_____^



2,3 hari lepas za ada send ticket pada nuffnang nak tanya berkaitan BE dan CPUV tu. rasa macam tak jelas sangat. so, za hantar la ticket kat diorang untuk lebih faham apa yang dimaksudkan dengan BE ngan CPUV.

ye la, al maklumlah za ni kan baru lagi pasal blog ni. tak banyak sangat tahu pasal benda-benda ni semua. 

Refer kat bawah ni tengok apa yang pihak nuffnang reply pada za.

Hi!

Sebenarnya ,anda merujuk kepada kempen CPUV kerana Buffered Earning merujuk kepada pendapatan yang dijana daripada kempen-kempen yang berterusan .

Sekarang, dalam usaha anda untuk mendapatkan ruangan untuk " Buffered Earning " dalam " Earning" anda,pertama sekali anda akan dipilih oleh pengiklan untuk melakukan kempen CPUV untuk mereka. 

Untuk iklan CPUV , pemilihan blog bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan , dan industri pengiklanan juga sangat bermusim , oleh itu mungkin ada masa-masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan tertentu penulis blog untuk seketika.

Seperti yang anda telah letakkan semua unit iklan secara optimum, saya mencadangkan perkara seterusnya yang anda lakukan adalah dengan meningkatkan pengunjung ke blog anda. Semakin ramai pengunjung ke blog anda, lebih tinggi anda akan dibayar apabila blog anda terpilih untuk kempen ! 

Unique Views adalah bersamaan " Lawatan " untuk satu halaman. Sebagai contoh, jika seseorang berkunjung ke satu halaman yang sama sebanyak 100 kali, page tersebut akan menunjukkan 100 halaman yang dilihat, tetapi hanya 1 "Unique Views" .

Terima kasih.


Lance Cheong,
Community Executive
Nuffnang Sdn.Bhd
www.nuffnang.com.my


p/s: just sharing some info..

Thursday, December 5, 2013

Online Shopping?Mudah ke??

Assalamualaikum..

Hello uolls...^_______^


Faham tak dengan tajuk za nak cakap-cakap kan ni?faham kan??kalau tak faham pun angguk-angguk je kepala tu ek*peluktubuhkuat2bulatkanmatabesau2*

Kadang-kadang bila nak shopping online ni macam tak yakin je, yela macam mana nanti kalau kita dah bank in duit kita pun, tapi kadang-kadang tu barang lambat je sampai.tu pun kalau sampai,alhamdullilah la kan..yang tragik nya kalau barang tak sampai ni??pe cita??gggrrrrrr..

okay pada yang ada online shop aka owner tu jangan pulak nak bulat-bulat kan mata cekak-cekak pinggang kat za tau.hehhe.za juz nak sampaikan apa yang za dah lalui je..nak luahkan perasaan je.bukan marah tapi kecewa sikit je.hukhuk




zaman sekarang kan semua nak cepat, mudah.mana tak nya, ngadap je depan laptop dan gadget memasing,surf internet then sup sap sup sap dah beli..then, sedar-sedar je sampai la en. posmen depan rumah tu.tak sempat nak kelip-kelip mata lapanpuluhenamribu kali dah nampak barang tu silap-silap dah buat catwalk sorang-sorang dalam bilik *kuncirapat-rapatpintubilik*

tapi tu la.tu cerita kalau dapat barang la.yang barang tak dapat ni.camna??nangis dalam hati je.T______T tapi za for sure jugak la mesti ada jugak orang lain yang maybe ada yang senasib macam za ni.cuma malas nak kepochi sangat je.tak pela, kalau dah begitu jadi nya, nak buat macam mana.dah nasib kan.walaupun dalam hati hanya tuhan je yang tahu.

apa-apa pun kadang-kadang redha je la walaupun emel yang kita hantar tu sometimes tu nak dekat sebulan kot.baru nak reply.tak pe la, tu pun dah kira syukur la.reply jugak daripada tak reply langsung.hemmm

tapi macam mana in case kalau memang duit yang orang tu dah bank in ke, transfer online ke memang fikir nak spent untuk barang yang urgent nak pakai.macam mana??kesian orang kan.termasuk za la.haha.tak pasal-pasal nak kena pakai duit lain dulu pulak.arghhhh...tension..*sakitpulakatikite*

so, moral of the story kalau nak online shopping tu pastikan betul-betul baru boleh proceed.kalau tak sila kurung diri dalam toilet nangis lama-lama nyesal.kalau paling kurang pun tengok la kat ruangan komen tu.kalau banyak je komen yang membina tu, tak ada yang nak sakit-sakit hati barang tak sampai ke, tu kira okay la.


okay, happy shopping uolls!!


Monday, December 2, 2013

Resipi : Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum…

Hai..Hello!!

Rasanya macam ada hutang sesuatu pulak..hehe.Kalau masa Hari raya beberapa bulan lepas za ada janji nak update pasal Moist Chocolate Cake.tapi last-last sudah nya tak berupdate pun.haha.macam tak tau tuan blog punya perangai kan??motip sangat….^_^ bz memanjang..padahal malas je nak update..keke

So, lepas pikir2 balik za nak kongsikan satu resipi ni.Moist Chocolate Cake aka Kek Coklat Kukus.kalau search je kat google tu, mesti ada banyak nauu resipi untuk Moist Chocolate Cake ni kan?even kak Namee Roslan yang kawaii tu pun ada kongsikan jugak.

Okay, memandagkan ramai yang dah sedia tahu dan za pun rasa nak kongsikan jugak resipi tu sebab simple sangat.resipi ni za dapat dari lecturer za dulu.memang dia ada jual kat student tapi tak lokek pun kalau setakat nak kongsikan resipi tu.Arigatoo!!

Kalau nak guna resipi za ni tak de susahnya pun.tak payah nak pakai mixer bagai.senang sangat lah kiranya.buat sambil pejam mata pun boleh buat ok.hehe

Okay, bahan-bahannya macam kat bawah ni:

Bahan A (1 cawan)

Minyak masak
Tepung gandum
Gula
Serbuk coklat
Susu cair perisa coklat
Susu pekat

Bahan-bahan lain

3 biji telur
Esen vanilla
Soda bikarbonat
Baking powder



Cara-cara

  1. Masukkan minyak beserta telur 3 biji.
  2. Lepas sebati masukkan gula, kemudian masukkan susu pekat.
  3. Masukkan serbuk coklat, kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
  4. last, masukkan esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan ke dalam bekas plastic untuk kukus.

okay, ini la hasilnya.

ihsan google
Lebih kurang macam ni la...za tak ada pic just ambik kat google je..hehe
tak sempat nak snap gambar..huhu

Oh ye!untuk bekas kukus tu za just guna ini je.senang dan kalau nak bawak ke mana-mana pun mudah je.untuk sukatan ni akan dapat 2-3 bekas macam ni.


ni bekas nya (ihsan google)


So, kalau ikut resipi ni jadi empat segi la kek nya..


okay, kalau untuk toping tu za tak pandai sangat nak buat.just masuk sesedap rasa je.untuk topping yang biasa macam za buat ni dan ikut tekak za ni senang je.



Bahan Topping

Coklat rice
Coklat masakan
Mentega

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan coklat masakan guna cara double boiled.
  2. Setelah cair angkat dan salutkan atas kek.

Sorry la ye, za ni tak pandai nak buat topping ni. kalau sendiri buat tu tau la nak agak camna.kalau nak topping yang sedap tu pandai-pandai la search kat google ye.hehe

okay, selamat mencuba!adios...