Monday, December 23, 2013

Sharing is Caring : Sejarah Negara Palestin Dan Israel

Hai uolls...

Masa za free tadi za ada google search sikit pasal Palestin. Kesian kan orang kat sana. Mudah-mudahan mereka semua berjaya menghadapi dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. Ameen.....

Artikel kat bawah ni za jumpa masa search tadi tu.

JOM BACA!!!



Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Sumber : SINI dan SINI


Tuesday, December 10, 2013

Tips mendapatkan BE & CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Hai semua ^_____^



2,3 hari lepas za ada send ticket pada nuffnang nak tanya berkaitan BE dan CPUV tu. rasa macam tak jelas sangat. so, za hantar la ticket kat diorang untuk lebih faham apa yang dimaksudkan dengan BE ngan CPUV.

ye la, al maklumlah za ni kan baru lagi pasal blog ni. tak banyak sangat tahu pasal benda-benda ni semua. 

Refer kat bawah ni tengok apa yang pihak nuffnang reply pada za.

Hi!

Sebenarnya ,anda merujuk kepada kempen CPUV kerana Buffered Earning merujuk kepada pendapatan yang dijana daripada kempen-kempen yang berterusan .

Sekarang, dalam usaha anda untuk mendapatkan ruangan untuk " Buffered Earning " dalam " Earning" anda,pertama sekali anda akan dipilih oleh pengiklan untuk melakukan kempen CPUV untuk mereka. 

Untuk iklan CPUV , pemilihan blog bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan , dan industri pengiklanan juga sangat bermusim , oleh itu mungkin ada masa-masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan tertentu penulis blog untuk seketika.

Seperti yang anda telah letakkan semua unit iklan secara optimum, saya mencadangkan perkara seterusnya yang anda lakukan adalah dengan meningkatkan pengunjung ke blog anda. Semakin ramai pengunjung ke blog anda, lebih tinggi anda akan dibayar apabila blog anda terpilih untuk kempen ! 

Unique Views adalah bersamaan " Lawatan " untuk satu halaman. Sebagai contoh, jika seseorang berkunjung ke satu halaman yang sama sebanyak 100 kali, page tersebut akan menunjukkan 100 halaman yang dilihat, tetapi hanya 1 "Unique Views" .

Terima kasih.


Lance Cheong,
Community Executive
Nuffnang Sdn.Bhd
www.nuffnang.com.my


p/s: just sharing some info..

Thursday, December 5, 2013

Online Shopping?Mudah ke??

Assalamualaikum..

Hello uolls...^_______^


Faham tak dengan tajuk za nak cakap-cakap kan ni?faham kan??kalau tak faham pun angguk-angguk je kepala tu ek*peluktubuhkuat2bulatkanmatabesau2*

Kadang-kadang bila nak shopping online ni macam tak yakin je, yela macam mana nanti kalau kita dah bank in duit kita pun, tapi kadang-kadang tu barang lambat je sampai.tu pun kalau sampai,alhamdullilah la kan..yang tragik nya kalau barang tak sampai ni??pe cita??gggrrrrrr..

okay pada yang ada online shop aka owner tu jangan pulak nak bulat-bulat kan mata cekak-cekak pinggang kat za tau.hehhe.za juz nak sampaikan apa yang za dah lalui je..nak luahkan perasaan je.bukan marah tapi kecewa sikit je.hukhuk




zaman sekarang kan semua nak cepat, mudah.mana tak nya, ngadap je depan laptop dan gadget memasing,surf internet then sup sap sup sap dah beli..then, sedar-sedar je sampai la en. posmen depan rumah tu.tak sempat nak kelip-kelip mata lapanpuluhenamribu kali dah nampak barang tu silap-silap dah buat catwalk sorang-sorang dalam bilik *kuncirapat-rapatpintubilik*

tapi tu la.tu cerita kalau dapat barang la.yang barang tak dapat ni.camna??nangis dalam hati je.T______T tapi za for sure jugak la mesti ada jugak orang lain yang maybe ada yang senasib macam za ni.cuma malas nak kepochi sangat je.tak pela, kalau dah begitu jadi nya, nak buat macam mana.dah nasib kan.walaupun dalam hati hanya tuhan je yang tahu.

apa-apa pun kadang-kadang redha je la walaupun emel yang kita hantar tu sometimes tu nak dekat sebulan kot.baru nak reply.tak pe la, tu pun dah kira syukur la.reply jugak daripada tak reply langsung.hemmm

tapi macam mana in case kalau memang duit yang orang tu dah bank in ke, transfer online ke memang fikir nak spent untuk barang yang urgent nak pakai.macam mana??kesian orang kan.termasuk za la.haha.tak pasal-pasal nak kena pakai duit lain dulu pulak.arghhhh...tension..*sakitpulakatikite*

so, moral of the story kalau nak online shopping tu pastikan betul-betul baru boleh proceed.kalau tak sila kurung diri dalam toilet nangis lama-lama nyesal.kalau paling kurang pun tengok la kat ruangan komen tu.kalau banyak je komen yang membina tu, tak ada yang nak sakit-sakit hati barang tak sampai ke, tu kira okay la.


okay, happy shopping uolls!!


Monday, December 2, 2013

Resipi : Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum…

Hai..Hello!!

Rasanya macam ada hutang sesuatu pulak..hehe.Kalau masa Hari raya beberapa bulan lepas za ada janji nak update pasal Moist Chocolate Cake.tapi last-last sudah nya tak berupdate pun.haha.macam tak tau tuan blog punya perangai kan??motip sangat….^_^ bz memanjang..padahal malas je nak update..keke

So, lepas pikir2 balik za nak kongsikan satu resipi ni.Moist Chocolate Cake aka Kek Coklat Kukus.kalau search je kat google tu, mesti ada banyak nauu resipi untuk Moist Chocolate Cake ni kan?even kak Namee Roslan yang kawaii tu pun ada kongsikan jugak.

Okay, memandagkan ramai yang dah sedia tahu dan za pun rasa nak kongsikan jugak resipi tu sebab simple sangat.resipi ni za dapat dari lecturer za dulu.memang dia ada jual kat student tapi tak lokek pun kalau setakat nak kongsikan resipi tu.Arigatoo!!

Kalau nak guna resipi za ni tak de susahnya pun.tak payah nak pakai mixer bagai.senang sangat lah kiranya.buat sambil pejam mata pun boleh buat ok.hehe

Okay, bahan-bahannya macam kat bawah ni:

Bahan A (1 cawan)

Minyak masak
Tepung gandum
Gula
Serbuk coklat
Susu cair perisa coklat
Susu pekat

Bahan-bahan lain

3 biji telur
Esen vanilla
Soda bikarbonat
Baking powder



Cara-cara

  1. Masukkan minyak beserta telur 3 biji.
  2. Lepas sebati masukkan gula, kemudian masukkan susu pekat.
  3. Masukkan serbuk coklat, kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
  4. last, masukkan esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan ke dalam bekas plastic untuk kukus.

okay, ini la hasilnya.

ihsan google
Lebih kurang macam ni la...za tak ada pic just ambik kat google je..hehe
tak sempat nak snap gambar..huhu

Oh ye!untuk bekas kukus tu za just guna ini je.senang dan kalau nak bawak ke mana-mana pun mudah je.untuk sukatan ni akan dapat 2-3 bekas macam ni.


ni bekas nya (ihsan google)


So, kalau ikut resipi ni jadi empat segi la kek nya..


okay, kalau untuk toping tu za tak pandai sangat nak buat.just masuk sesedap rasa je.untuk topping yang biasa macam za buat ni dan ikut tekak za ni senang je.



Bahan Topping

Coklat rice
Coklat masakan
Mentega

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan coklat masakan guna cara double boiled.
  2. Setelah cair angkat dan salutkan atas kek.

Sorry la ye, za ni tak pandai nak buat topping ni. kalau sendiri buat tu tau la nak agak camna.kalau nak topping yang sedap tu pandai-pandai la search kat google ye.hehe

okay, selamat mencuba!adios...


Saturday, October 26, 2013

Farewell Party Tak Jadi!!

Assalamualaikum...Salam untuk semua....:)

Entry lama..nak nak publish jugak..baca je okay!

Hehee...seronoknya..dapat makan lagi..yeyy..:) asal makan je mula la...hish...macam mana la Za nak diet kan...kat mulut je nak diet, tapi pantang kalau ada orang ajak makan, mesti nak ikot...nak ikot..:) ada siapa-siapa kat sini macam Za tak..hehehe..emm..kali ni bukan sebab Audit's Celebration : Secret Recipe tu tapi lain sikit...just Farewell Party untuk Division Manager kami...tapi sedih jugak sebab dia baik..

Nanti kalau ganti dengan orang lain tak tahu la lagi macam mana kan??Za bukan apa..kalau orang baru ni Za tak pandai la nak cakap banyak-banyak sangat...pemalu..ahakkss..:p tapi apa-apa pun Za harap nanti semua akan baik-baik je..harap-harap...aminnn...

Okay, untuk farewell ni pun macam selalu jugak..akan ada orang yang akan ditugaskan untuk buat survey pasal tempat yang best untuk makan...tapi kali ni yang paling best sebab ada lagi banyak pilihan tempat...yeyy..so, boleh pilih tempat lain pulak..kat Auto City ni banyak jugak tempat-tempat best yang kita boleh pergi macam list yang kat bawah ni:

Winter Warmers
Nando's
Pizza Hut
Secret Recipe
Swensens
The Manhattan Fish Market
Old Town
Tao
Seoul Garden

Banyak kan??sebenar nya Za prefer nak pergi Swensens, tapi disebabkan majoriti banyak nak pergi Seoul Garden, so ikut saja la..walaupun vote untuk Swensens cuma 8 dengan 11 untuk Seoul Garden...wuaaaa...T_T nak pergi Swensens..nak pergi..nak pergi sana...hukhukhuk...

Kesudahan nya dengan hati yang agaks berat, kena pergi la jugak dekat sini, Seoul Garden..yang nak pergi sini ramai jugak sebab campur HR sekali dengan GA department..wahh..meriah nya...kalau macam ni memang kena booking satu restaurant ni..haaa..baru cukup..:)

Okay jugak makan dekat sini, tempat cantik dalam google...makanan pun dengar katanya sedap jugak...sini kalau harga macam buffet jugak, kira macam per pax..kalau siapa-siapa yang makan banyak tu tak rugi la kalau datang makan kat sini..:p tapi diingatkan kalau makan sikit je, jangan ambil banyak-banyak tau..nanti kena extra charge pulak untuk makanan yang tak habis tu..

Kalau diikutkan bagus juga diorang ni buat rules macam tu kan..ye la, mana tak nya kalau suka ambil banyak-banyak tapi makan pulak tak banyak mana kan dah membazir nama nya...tak mau..tak mau..jangan buat macam tu tau..membazir tu kan amalan syaitan..:)

Tapi.....at last...tetiba


credit google
omaigad.......tak jadi pulak Farewell Party nih. Alo..tak best la cam ni. Plan semua bagai bukan main lagi, tetiba jadi macam ni pulak. Sedih la cam ni...hukhuk

Za dapat tawu kata nya Division Manager tak jadi tukar ke Jepun pun, just transfer department je. Huk aloh...cam excited sesorang je.hukhuk..So, semua nya berjalan macam biasa je and tak de pun farerwell party seperti yang digembar-gembur kan....cuma DM kita tu still ada je..TERBAIK!!!I LOIKE!!!!^_^

p/s: okay..papai..jumpa lagi di lain entry..okay..muaxxxx

Thursday, October 24, 2013

Sakit Gigi!!

Assalamualaikum…

Pernah tak rasa sakit gigi sangat-sangat??since minggu lepas lagi za rasa tak sedap badan je, nak demam la. Last-last pening kepala pulak. Ada kan yang pernah rasa, betul tak?Bila tanya-tanya je kat orang sekeliling za ni ada je yang cakap

Mungkin gigi bongsu nak tumbuh kot?

Emm??apakah?muda lagi rupa nya za ni. Baru nak tumbuh gigi rupanya.hehe..tapi nak kata tak betul pun macam err tak jugak. Memang sakit gila kat gigi hujung sekali ni.

credit Google
Ishk..sakit gigi pun nak update kat blog jugak ke??aipp..jangan nak ngata za tau. Tak baik, kan za ngah sakit ni T_T ni kan blog za…HAHAHA

Disebabkan sakit yang amat sangat, za makan je actifast pastu rasa ok jap. Petang sikit za telan lagi 1 ubat..PONSTAN!!pastu tido bermimpi indah-indah.

Tapi kalau boleh elakkan lah makan ubat tu yang za CAPITAL LETTER kan tu ek. Sebab ubat tu bukan nya boleh cure pun,just nak hilangkan rasa sakit je. Emmmm….tak bagus..tak bagus….paling terbaik jumpa je ngan Doc gigi..check ngan Doc kan lagi bagus..


Pandai je kan za ni nak nasihatkan orang. tapi diri sendiri pun cam malas je nak jumpa doktor..hihi

Okay la..sakit gigi tu datang lagi la..nak tido la camni..T_T bye


Thursday, October 17, 2013

Saya MALAS ke BUSY??

Assalamualaikum…

Kenapa la sekarang ni malas sangat Za ni nak update blog??kau ni dah kenapa cik za oit**pening**pelik la jugak.hmmm..macam mana la nak naikkan traffic blog sendiri ni kann..update pun jarang-jarang sekali. Then ada hati jugak nak ada follower ramai-ramai.huhu

Tu baru nak update pun dah malas, kalau blogwalking??rajin jugak tapi malas pulak nak komen-komen..see. padan muka sendiri kan?

Rasa letih la seminggu dua ni, tambah-tambah bulan ni punya schedule. Punya la banyak giler. Training sana, training sini, pergi sana, pergi sini. Tak sempat langsung nak rehat tenangkan hati dan minda.^_^

Tengah bulan September za ada pergi training dekat Equatorial Hotel untuk HR punya training. Then, baru-baru ni minggu lepas ada kursus Joy of Working pulak dekat Gurney Hotel.penat penat penat ohoiii..

Tapi macam biasa kalau tempat-tempat yang pergi tu, tak de la rajin sangat nak snap picture bagai. MALAS tapi pada masa yang sama MALU pun ada gak. ZA kan spesies low profile. Tak boleh nak ubah dah,tu la diri kite ni*kenyit2 mata bajet muka comell*

ihsan google

Then, hujung bulan ni pun ada lagi training. Yang tu pulak untuk HR jugak..tapi lebih pada Employment Act fuhhh..akta la plak..peninggg Life Za ni pusing-pusing  macam tu je..memang letih sikit tapi best sebab boleh pergi merata tempat dalam Malaysia je pun.huh boleh kenal macam-macam orang.

Pelik kan kadang-kadang terfikir jugak, belajar dulu lain, kerja plak lain. Study account nombor bagai, last-last HR pulak yang kerja sekarang. Tapi tak pernah fikir pun nak tukar kerja yang lain, sebab rasa macam best jugak buat kerja ni.:)

Minggu depan ada training lagi jalan-jalan lagi. Tapi jauh sikit la, dekat Pahang untuk family day dengan annual dinner sekali. Kalau rajin nanti Za update trip event kat sana pulak dan snap pic banyak-banyak. Promise!!^_^



Sunday, September 15, 2013

Kulit Kering Sekitar Mulut T_T

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...lega sangat hati Za masa update entry ni tau.bukan apa, tapi syukur banyak-banyak coz selama kerja tempat baru ni okay la, walaupun biasa la kadang-kadang kita tak dapat nak faham semua dalam satu-satu masa kan. tak dapat nak faham prosedur baru, tempat baru ni lain sikit.bukan semuanya sama.

Then, sedar tak sedar dah dekat 3 bulan Za di tempat baru ni.Emm,tapi baru-baru maybe dalam after 1 week puasa kot rasanya, tiba-tiba je kat tepi mulut Za ni jadi kering sangat.mula-mula tu ingat kan biasa je.cuba sedapkan hati sendiri.

Pastu lama-lama makin teruk pulak jadinya.apalagi Za google macam-macam cara nak buat daripada cari cream nak ubatkan sampai la cara tradisional.last-last Za jumpa satu website ni,tapi Za tak ingat pulak apa nama nya.

Tapi kat situ ada bagi tips kalau jadi kes macam Za ni, cuba lidah buaya.Cepat-cepat lompat katil cari my momma tanya ada tak daun lidah buaya tu.tapi sedih sangat sebab dapat jawapan TAK ADA..wuaaa..sedih nauuu.sebab dulu kat tepi rumah tu nampak macam ada je.

tapi ada tu pun sebab kakak Za yang tanamkan.kalau nak harapkan Za yang tanam,memang tak la..aikk..jangan ingat Za malas tauu ^_^..cuma ada pernah try la nak bercucuk tanam tapi orang cakap tangan panas.sebab tu la tak hidup.hukhuk.tak nak kawan dengan pokok yang tak sudi nak Za tanamkan dia..huh(majokk)

Tapi disebabkan Za ni orang yang gigih dan sangat-sangat gigih,Za cuba cari dalam bentuk yang senang nak cari and the same time senang nak guna bila-bila masa.So google punya google Za jumpa la produk D'Herbs Gel Aloe Gamat.


D'Herbs Gel Aloe Gamat

Best tau produk ni sebab:

1.tak melekit bila pakai
2.mudah digunakan walau kat mana pun even kat office sebab tak de color just lutsinar je
3.mudah dibawa kat mana-mana pun, dalam handbag pun muat
4.cepat kering 
5.tekstur nya ringan
6.cepat kesan nya
7.boleh juga digunakan kalau untuk luka atau scar yang ringan-ringan

Mula-mula guna tu Za perasan macam tak ada perubahan pun.sama je.rasa down sangat.officemate pun ada yang tegur napa muka Za jadi macam tu.tapi Za sabarkan hati jugak terus consume je gel ni.dalam hati Za doa banyak-banyak moga-moga cepat sembuh.

jadi macam ni Za nak ngadap kawan-kawan Za pun rasa malu,hilang keyakinan diri.bila orang cakap dengan kita automatically orang akan pandang muka kita.tambah pulak nak hadap dengan orang ramai-ramai.rasa segan je tauu.

Pastu dah lama sikit pakai gel ni, Za perasan waktu lepas mandi time belai-belai wajah tu.haha.Za rasa macam ada something je yang tertanggal dari muka Za ni.rupa-rupanya bawah lapisan kulit yang Za sapu hari-hari tu ada lagi satu lapisan kulit baru.yeyyy

owhhh...Za dah taww..tanjat gegurl.hepi sangat rasa macam nak buat marathon lari sampai Penang Bridge pusing sampai balik rumah.overrr.haha.syukur sangat.lama-lama keadaan jadi pulih seperti biasa.Alhamdulillah......lega sangat..

So, pada sesiapa yang ada masalah macam Za ni boleh la cuba.At least cuba kan,tak ada masakah nya pun.Semoga semuanya pulih seperti sediakala.Aminnn..

p/s:kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan.tapi tak salah kalau kita berikhtiar asalkan tak bertentangan.^_^





Sunday, August 25, 2013

Raya raya...

Assalamualaikum..

Entry raya??blogger lain dah sibuk nak update pasal Raya Aidiladha dah kot.tapi Za ni baru nak update Raya Aidilfitri yang dah lepas lebih 2 minggu dah pun.haha.dah basi kot.hehe.Untuk raya kali ni pun celebrate macam biasa jugak bezanya kurang CUTI.hah..capslock lagi, sebab tak puas hati yang tak abih-abih lagi pasal tak dapat cuti..

Huhu.sudah-sudah la tu cik Za oit.Orang lain pun tak dapat cuti gak, tapi tak de la pong pang pong pang macam Za ni.ok, redha je,terima nasib badan.Raya kat rumah hari tu pun cuma cuti dalam 4 hari je. So, cuma ada hari raya pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kelima??kat ofis la. Sibuk arrange training untuk staf nak pergi training.

Tension jugak la, masuk ofis je banyak lagi tempat yang kosong. Bukan kosong sebab ada vacant ke apa ke, tapi sebab semua masih cuti raya. Tapi stil boleh senyum lagi, walaupun dalam hati ni bengkak+terBAKOR je.haha. Arrange training ambik masa je, mana taknya call je ofis orang lain pun dapat jawapan macam ni je

Mintak maaf cik, PIC tu cuti raya lagi. Kalau cik nak tanya apa-apa yang berkaitan tu cik boleh telefon balik nanti.

Bila tu PIC nak masuk balik?

Maybe next week, Monday.

Ok, terima kasih. Saya call next week la kalau macam tu.

See. Mahu tak mahu, next week la jawabnya.jap jap.ni entry raya ke entry pas raya  ni. Dah melalut ke laut pulak. kau ni dah kenapa.haha

ok berbalik pada raya pertama malam raya tu Za sibuk buat kek kat dapur. Mulanya plan nak rehat je, tup tup teringin nak makan kek Chocolate Moist. Barang dah ada, cuma perlu buat je. So, terus lupakan hasrat nak rehat, tengok TV sambil makan kuih raya. Lewat jugak siapnya. Sampai tersengguk-sengguk jugak la tunggu kek tu masak sebab keinginan nak makan yang tinggi.haha. By the way, next entry Za share pasal resipi kek Chocolate Moist k. So, itulah pengakhiran alkisah malam raya Za.haha

Next day!


Hari Raya Pertama. Selamat Hari Raya!! semua orang dah sibuk bersiap-siap nak pergi solat raya, Za je terbabas sebab lewat sangat tido malam tu.huhu. Then, bangun siap mandi, siap apa yang patut semua. Tengah hari sikit pergi rumah kawan Za yang dekat je, satu kampung. Makan bihun sup, sedapp macam selalu. Lupa pulak nak snap pic masa tu.huh.rugi-rugi. Next time punya raya mana sama dengan raya taun ni tak?? 

Raya Kedua.

Dalam tengah hari sikit tu baru pergi beraya rumah mak sedara, Mak Lang. Snap pic sikit pastu terus balik. Letih jugak. Lama jugak kat rumah dia memandangkan rapat dengan family sana. pastu habis la raya kedua Za tu.haha
with my sis

Raya ketiga.

Hari Ketiga ni just duduk rumah je. Sebab ada orang sedara nak datang rumah. Kiranya seharian di rumah melayan tetamu yang datang. Tetiba malam tu teringin sangat nak makan Mee Bandung. Cepat-cepat siap cari resipi dulu pastu drive pergi cari barang-barang untuk masak. Banyak jugak Za buat, cukup untuk 7-8 orang makan. ^__^ Then malam, tengok TV sikit, sampai waktu ngantuk, tido..zzzzzz

Raya keempat

keluar jalan.haha

Raya Kelima

Kat ofis la. Dah start keje ok. sangat komited dengan kerjaya ok.haha dalam hati, komited sangat la, dah kena keje jadi paksarela la.haha

See. Simple kan, macam raya sebelum ni. Cuma bertambah seri dengan seorang lagi family, budak kecik aka Khalish yang sangat comel++

bos kecik



lebiu more!!  

Monday, August 12, 2013

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya…

Agaknya masih tak terlalu lambat Za nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kan?ye la, kita puasa kan sebulan..so mesti la raya pun kena sebulan kan??mueheehe..kalau tak percaya apa Za cakap ni, cuba tunggu nanti mesti masa penghujung  syawal pun mesti masih ada lagi Rumah Terbuka Hari Raya..

Diam tak diam dah dekat sebulan jugak jugak Za tak update apa-apa kat blog ni. Bz sangat semenjak dua menjak ni. Nak sesuaikan diri ngan tempat baru la, kecik hati tak dapat cuti raya lama-lama macam dulu la..haiii…macam-macam..tak pe, nanti next year nak ambik cuti raya jugak.huhuhu nak tebus balik taun ni punya.boleh camtu?hahaha

Raya taun ni pun sama je macam taun-taun lepas, bezanya tak ada budak kecik Khalish, my only one ‘anak sedara’ and my sis jugak.huhuhu T_T..rindu nauu kat dia tauu..muahhh.cepat balik tau, cik ngah rindu la kat Khalish..wewittt


Aloooloooo...tomey2


Sebenarnya, entri ni tak ada apa sangat pun Za nak citer memandangkan otak ni macam tak ada idea sangat campur dengan dah blur-blur ngantuk+bebal sebab esok dah kena masuk keje.haaa, kau semua mampu ke nak rasa macam Za rasa ni?kuikuikui..

Okayla, Za pun rasa dah ngantuk sangat ni. Lagipun bila baca entry ni before nak publish pun rasa macam errr nak publish jugak ker. Macam tak ada isi penting pun. Haahh tak peduli, ni blog Za yang punya. So nak jugak publish.muahahaha. walaupun rasa macam jari-jemari ni nak je tekan delete je.huhuh

Last but not least, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semua. Semoga semua berbahagia disamping keluarga tersayang. Makan tu makan jugak tapi jangan banyak sangat pulak. Nanti tak pasal-pasal dah naik pulak berat yang dah kurang waktu puasa lepas ^_^

Until see ya next time…

SELAMAT HARI RAYA!!!!



Thursday, June 27, 2013

Luv U Alls

Assalamualaikum...

Memandangkan minggu depan dah nak start kerja baru, so hari ni nak juga cepat-cepat update blog ni...hari ni dan esok Za dah cuti..last day semalam..sedih sangat sampai nangis-nangis tauuu...





Awal pagi semalam sampai-sampai je superior Za panggil masuk meeting pagi macam selalu..

Zaza, Ms Han panggil.....untuk bagi sepatah dua kata... 

Emmm...Za ni kalau bab-bab nak bercakap ni masalah sikit...takut, nervous, malu, semua ada....paling-paling tak boleh sebabbbb takut nangis...wuaaaa T_T sampai je kat level 3 tu, masuk...semua dah pandang Za...fuhhhhh....takut nih...

Zaza, silakan sepatah dua kata...

okay-okay...tarik nafas dulu...dah cuak sikit tauuu...

Emmm...terima kasih pada semua sebab jadi kawan Za..sudi ajar Za yang mana Za tak tau...T_T 

pastu....T_T dah nangis....kannnn...Za dah cakap..kalau boleh Za tak nak bagi ucapan ke, sepatah dua kata ke tiga empat kata ke...takut nangis...sedih sangat...tsk tsk....bukan Za tak nak ucap selamat tinggal ke apa ke, tapi memang sedih sangat...2 tahun lebih tau kat sini, semua orang HR Za sayang...duduk ofis dari pagi sampai petang, dekat 9 jam tauu..mestila sedih...

Cuak gak semua orang tengok Za nangis...pastu superior Za la yang tenangkan Za, yang lain pun sama...sayang uolls..muaxxxx

Then, manager cakap 

Za, lunch nanti kita makan sekali...

Selalu Za suka sangat, tapi kali ni rasa lain sikit..sebab dah last day kat sini..lepas ni dah tak ada dah macam ni...Za suka la tapi rasa sedih sekali...hukhuk..BIla dah sampai waktu lunch keluar makan kat Autocity..sebab Za dah last day dan untuk celebrate Za, so Za yang kena pilih nak makan kat mana...alamak..Za ni kalau bab-bab macam ni dah la tak pandai..segan kot...tapi Kak Shera yang ikut sekali tolong cover untuk Za...fuhhh..lega...arigatoo Shera-san..




Dia suggest pergi Secret Recipe..laju je Za cakap okay...haahhaa..sampai kat sana nak kena pikir pulak makan apa..so, Za order Spaghetti Thai Seafood dengan Fruit Punch..sedap, tapi banyak sangat...portion dia tu bole makan 2 kali bagi Za..tapi disebabkan dah orang belanja, sungguh-sungguh jugak nak habiskan,,,tapi....tak boleh....malunya...then, Ms Han cakap

tak habis tak pe..slow-slow makan...tak pun nanti boleh take away..

Lega hoiiii hati Za ni...untuk dessert Za dengan Kak Shera ambik Chocolate Cheese Berry, TIramisu dengan apa ek lagi satu tu..tak ingat la nama die, tapi ada rasa cappucino..mula-mula teringin nak makan Chocolate Indulgence tapi dah habis..emmm,tak pe la next time je la..

Dah petang sikit, Za dah mula kemas kan barang-barang Za sikit-sikit...buat clearance dekat IT hantar laptop sayang toi ngan lappy Za ni..hantar uniform, check gaji then fillup form untuk exit interview..sedih la...betul la orang cakap, kalau first job mesti kita sayang nak tinggal..hokayyy,Za akui BETUL sesangat..

Lastly, before balik take photo together ramai-ramai...suwitt sangat semua...



Thank you for everything to uolls...thanks coz give me opportunity to be part of our team..thanks a lot.. luv uolls..this memory will last forever in my mind...good to be here with all of you..THANKSSSSS....T_T muaxxxxx