Friday, April 26, 2013

Sup Daging


Assalamualaikum semuaa..

Selamat hari jumaat…:) disebabkan tersangat-sangat rajin hari ni, so Za nak kongsikan lagi satu resipi favourite Za selain Ayam Rendang Ala Mamak Style..favourite Za disini membawa maksud SEDAP = SIMPLE = SENANG NAK BUAT…bagus tak Za punya ungkapan algebra tewww..ahakkkss:P Za sangat-sangat suka makanan yang simple tapi at the same time sedappp…suka sangattt…
Resipi ni senang je nak masak..Okay, tak nak membebel panjang-panjang..Sila rujuk di bawah berkenaan dengan bahan-bahannya dan cara-cara nak buat sekali ekk…

Bahan-bahan
Bahan A
Bawang besar (dimayang)
Bawang Putih (dimayang)
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih

Bahan B
Rempah Kurma (1 sudu besar)
Rempah Sup (2 sudu besar)

Bahan-bahan lain
Daging
Air
Daun Pandan
Lobak Merah (dipotong dadu)
Ubi Kentang(dipotong dadu)
Kiub Pati Daging

Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan-bahan A
  3. Masukkan Bahan B (rempah+sedikit air), masukkan daun pandan.
  4. Masukkan daging, kemudian tutup kan periuk selama lebih kurang 5-10 minit.
  5. Tambahkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub dan masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  7. Biarkan mendidih seketika.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye…sori la pic  tak ada..nanti kalau Za ingat nak amik gambar Za serta kan sekali ek..nanti Za update entry ni, okay!!!:)



Tuesday, April 23, 2013

Sharing is Caring : 20 Fakta Menarik Tentang ISLAM


Assalamualaikum semua...




Untuk entry kali ni Za nak kongsikan sikit fakta tentang  Islam..:) email ni Za received masa kat office..just sharing some info..:)

1.Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari (Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. (Sumber :
http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendekiawan muslim yang berjaya.


credit pada sumber


Saturday, April 20, 2013

Sharing is Caring : Sejarah Ayat Kursi


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Gambar Ihsan Google

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut 
Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.


 Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya 

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, 
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." 

























Friday, April 19, 2013

Resipi Ayam Rendang ala Mamak Style

Assalamualaikum...

Hai...hari ni Za nak kongsikan satu resipi tradisi untuk semua(macam tipu je kan..hehe)kalau tengok date tu mesti tengah fikir jugak kan...ada masa pulak dia ni update blog..kan???hehe..Za tak mengulat okay???boleh percaya ke??hehe..sebenar nya resipi ni diajar oleh cikgu Za masa waktu sekolah menengah dulu..waktu tu kami ramai-ramai pergi rumah dia, dalam 5,6 orang cam tu laa..actually, tak ada apa-apa tujuan pun pergi tu..cuma nak isi masa yang terluang sangat lepas habis exam SPM je..

Dulu dia mengajar Biology class..sporting sangat..nak tau tak napa?mana tak nya kalau tak, takkan kami semua nak stay satu malam kat rumah dia(hehe..nampak macam penyibuk sangat tak?tak kan???)kami pergi sana petang, lagipun dekat je..so, lepas makan malam tu..huha, huha sekejap(biasa la budak baru nak membesar kan..:P)

Esok nya, pagi tu Cikgu cakap dia ada hal sikit, jadi tak sempat nak masak dan makan sekali..dia suruh masak sendiri laa..tapi masalah nya tak tau nak masak apa, at last sebelum cikgu keluar tu dia cakap buat je rendang..senang kata nya...apa lagi..tercangak jugak la kami waktu tu...yela, mana tau masak sangat pun..kalau yang biasa-biasa tu okay la..dah tu suruh buat RENDANG kot..tak ret..tak reti..mana boleh...

So, cikgu yang baik hati pun bagi la resipi dia kat kami..terima kasih cikgu!!:) so kredit kan pada cikgu..muaxxx..apa lagi semua pun buat-buat pandai la..huhh..jadi chef, tapi dah macam chef terkenal jugak pun ada...hahaha..ok, macam ni resipi nya(asyik cakap je kan, bila ntah nak bagi resipi tu....ngeee)


Bahan A

Untuk tumis
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Bunga cengkih

Bahan B
Ayam
Bawang besar (3 biji-dimayang)
Cili kering (10 biji-diblend) kalau suka pedas boleh tambah lagi

Bahan-bahan lain
Kicap pekat
Air

Cara-cara
  1. Bersih kan ayam
  2. Masukkan cili kering yang dah diblend dan bawang besar, perapkan selama 15 minit(kalau nak sedap lagi, boleh perap lama sikit mungkin dalam 30 minit)
  3. Panaskan minyak, tumis kan bahan-bahan A
  4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, biarkan seketika..kemudian, masukkan air sehingga sama paras dengan ayam
  5. Biarkan mendidih, masukkan kicap pekat sehingga warna bertukar kehitaman(secukup rasa, pastikan tak terlalu banyak)
  6. Biarkan mendidih sekali lagi
  7. Tutup kan api
  8. Sedia untuk dihidang kan
Okay, siap la Rendang nya..sedap..dan yang paling penting, senang nak buat..Za selalu masak menu ni kat rumah, family pun cakap sedap..adik Za pun suka taww...kalau tak percaya, try la..:)



Sharing is Caring : Pengkebumian Jenazah


Assalamualaikum...


Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan.

Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya.

Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!). Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.

Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada  Allah semasa hayatnya.


Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.


Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar......

Wallahua'lam bissawwab...

Just sharing....:)

Credit pada sumber


Wednesday, April 17, 2013

Stress a.k.a Tekanan


Assalamualikum…

Arghhhhh…tekanan nya…eeeiiiiii…geram betul la….nak tahu tak kenapa??mana tak nya ketika kejadian, 5.22 petang, lokasi : tempat kerja…ada ke patut tengah best-best baca blog femes aka Fatin Liyana sementara menunggu waktu balik (sempat lagi kau buka blog ek??:p mengulat la tu..)ngeee
Tetiba ada la pulak manusia yang menelefon….conversation Za dengan dia macam ni…
M : Hello, HR ke?
Z : Hello, ya..
M : Akak, ada kerja ka?
Z : Owh, nak apply untuk jawatan apa?
M : untuk laki-laki ada?
Z : emm, untuk jawatan operator ke?
M : ya
Z : untuk operator tak de kosong…
M : oh, tak da ka?
Z : tak ada kekosongan lagi..
M : ………..senyap…..untuk laki-laki kakak…..
Z : kita tak ada buat pengambilan lagi buat masa sekarang ni….(masa ni dah geram, tapi masih dalam mood bersabar   (-_- ) , masih berpegang dengan sabar separuh daripada iman, alhamdullilah…ngeee) 
M : okay-okay…pappp…letak telefon…
Z : blur-blur tapi masih okay…
Untuk kembalikan mood Za yang tak berapa dah nak ceria tu, Za kemas-kemas barang Za sikit…shut down laptop, tengok…kan dah malas nak baca blog..emmm..geram-geram(menjerit dalam hati sambil tarik-tarik rambut)
Then, selang beberapa minit ada call lagi…aikk…cam kenal pulak nombor ni…tapi tak ingat la siapa…mintak-mintak la bukan orang yang call tadi tu…amin..fuhhh
Z : Hello…
M : Hello..
Z : Ye, nak tanya pasal apa…(dalam hati, ishh…cam kenal je suara ni…cam budak tadi la…hukhuk)
M : Akak, ada kerja kosong ka?
Z : Tak ada lagi…kalau ada pun untuk supervisor je(wuaaaa….betul la, dia lagi…..nak nangis T_T…tapi sabar dulu, control-control…be professional)
M : ohh..kak, kilang lain ada jawatan kosong tak?
Z : Hah? Tak tau la..cuba tengok dekat mana-mana..(adoi…ape la dosa haku dengan budak ni….T_T nak balik, nak balik….tak nak cakap dengan dia dah)
M : ……kak ada nombor telefon tak?
Z : Em?nombor telefon siapa?
M : Kilang lain..
Z : Gulp…tak ada, saya tak tau..try la cari…
M : hmmmm…okay…pappp…letak telefon lagi…
Wuaaaa……seriously Za nak nangis….nape la Za juga yang kena layan dia ni…rasa cam tak penah kenal pun budak ni, tapi nape rasa macam dia nak balas dendam je…hukhuk…ohh TM..103..ambillah Za bekerja sebagai customer service ataupun telephoniz kalau cam ni la gamak nya...confirm-confirm la Za tak payah nak merungut pun coz bab-bab cari nombor tu kan keje sendiri...-_-

Tolong..tolong…Za tak salah…Za TAK SALAH!!!okay!! terseksa tau Za layan dia walaupun cakap dalam tipon je…agak-agak kalau dekat depan ni, tak tau la apa yang Za patut buat, kan??rasa macam nak lipat-lipat dia kecik-kecik, sorok dalam kotak A4 paper …muahhaha…lega nya hati ni…(rasa macam jahat giler pulak)ngeee >_<
Tak boleh..tak boleh…nanti masuk paper Headline ‘ Mayat Dijumpai Dalam Kotak A4 Gara-gara Soalan Yang Tidak Masuk Akal ’…fuhhh..tak nak, tak nak…silap-silap nanti dah terFEMES Za pula….hikhik..

Thank you for reading..enjoy…
p/s : moral of the story..banyak-banyak la bersabor…bak kata Usop Wilcha..sabo je la…ngeeee


Wednesday, April 10, 2013

Tips Matching Baju dan Hijab

Assalamualaikum..


Hujung minggu lepas hari Ahad Za ada plan nak keluar....So, cari punya cari jumpa la baju yang dah rasanya agak lama dianak tiri kan oleh tuannya sendiri....hehehe


Sebenar nya kalau diikut kan Za, Za suka jenis yang simple-simple je...tapi tak tahu la napa tetiba rajin pulak hari tu nak selongkar baju sendiri kononnya nak cari kelainan sikit...mana tak nya slalu kalau nak keluar tu, capai je apa2 baju, sarung terus macam tu je....tup..tup..jumpa la baju ni....





Pastu tetiba pikir macam mana nak pakai baju ni supaya nampak cantik sikit...hehe...perasan nya...


Lastly, Za terpikir yang Za ada kardigan warna yang lebih kurang sama dengan baju ni...then, untuk hijab nya Za pilih ini...So, jadi la cam ni kalau dipadan kan...emm...okay x???okay kot...huhuhu




Selalu kalau Za nak matching kan baju dgn hijab lebih kurang cam ni je...kalau baju tu dah bercorak-corak ke, bunga-bunga ke, atau seangkatan dengan nya Za matching kan dengan kardigan yang polos, dalam kata lain nya kosong...


Sama jgk dgn hijab nya pun polos jugak sebab Za tak nak nanti nampak serabut...tapi kalau sebalik nya, macam baju yang plain dengan hijab bercorak lebih nampak cantik...


Kalau nak tahu, cara nak jimat kan wang ringgit kita tu, Za suggest korang guna Mix & Match...Selain boleh saving cost, kita boleh pelbagai kan baju yang kita beli 2...tapi kena pandai2 matching laaa....


Okay kat sini Za bagi lagi contoh yang kita boleh nampak ek....








  
Kalau nak tahu banyak lagi pasal style terbaru ni boleh la try belek2 majalah Dara.com tu...Za suka majalah ni coz banyak info yang berguna...tak rugi pun kalau beli, harga nya pun okay je...majalah lain macam Nur dengan Hijabmode...okay sangat-sangat majalah ni...


...harap2 info yang Za kongsikan ni dapat bantu serba-sikit....:)