Thursday, October 17, 2013

Saya MALAS ke BUSY??

Assalamualaikum…

Kenapa la sekarang ni malas sangat Za ni nak update blog??kau ni dah kenapa cik za oit**pening**pelik la jugak.hmmm..macam mana la nak naikkan traffic blog sendiri ni kann..update pun jarang-jarang sekali. Then ada hati jugak nak ada follower ramai-ramai.huhu

Tu baru nak update pun dah malas, kalau blogwalking??rajin jugak tapi malas pulak nak komen-komen..see. padan muka sendiri kan?

Rasa letih la seminggu dua ni, tambah-tambah bulan ni punya schedule. Punya la banyak giler. Training sana, training sini, pergi sana, pergi sini. Tak sempat langsung nak rehat tenangkan hati dan minda.^_^

Tengah bulan September za ada pergi training dekat Equatorial Hotel untuk HR punya training. Then, baru-baru ni minggu lepas ada kursus Joy of Working pulak dekat Gurney Hotel.penat penat penat ohoiii..

Tapi macam biasa kalau tempat-tempat yang pergi tu, tak de la rajin sangat nak snap picture bagai. MALAS tapi pada masa yang sama MALU pun ada gak. ZA kan spesies low profile. Tak boleh nak ubah dah,tu la diri kite ni*kenyit2 mata bajet muka comell*

ihsan google

Then, hujung bulan ni pun ada lagi training. Yang tu pulak untuk HR jugak..tapi lebih pada Employment Act fuhhh..akta la plak..peninggg Life Za ni pusing-pusing  macam tu je..memang letih sikit tapi best sebab boleh pergi merata tempat dalam Malaysia je pun.huh boleh kenal macam-macam orang.

Pelik kan kadang-kadang terfikir jugak, belajar dulu lain, kerja plak lain. Study account nombor bagai, last-last HR pulak yang kerja sekarang. Tapi tak pernah fikir pun nak tukar kerja yang lain, sebab rasa macam best jugak buat kerja ni.:)

Minggu depan ada training lagi jalan-jalan lagi. Tapi jauh sikit la, dekat Pahang untuk family day dengan annual dinner sekali. Kalau rajin nanti Za update trip event kat sana pulak dan snap pic banyak-banyak. Promise!!^_^



No comments: